Cari:
China Bidas Ulasan Yang Tidak Berasas
2016-05-26 10:45:40 CRI Cetak

Laporan beberapa media yang mengulas isu Laut China Selatan mengikut negara besar atau kecil, kaya atau miskin sama sekali tidak masuk akal. Pada masa yang sama, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) menyokong pendirian China dalam isu Laut China Selatan, yang turut memperlihatkan pandangan masyarakat antarabangsa yang bersikap objektif dan adil.  

Demikian jawapan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Ada wartawan bertanya, laporan beberapa media mendakwa bahawa negara yang menyokong China dalam isu Laut China Selatan semuanya negara kecil atau miskin. Manun Filipina telah mendapat sokongan daripada negara-negara besar seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS), serta pertubuhan Kesatuan Eropah (EU), dan Kumpulan Tujuh. Apakah respons China?

Hua Chunying menjawab bahawa laporan itu penuh dengan sikap yang angkuh, prasangka dan meninggi diri yang diamalkan media Barat. China berpendapat, semua negara tak kira negara besar atau kecil, kaya atau miskin, mempunyai kedudukan yang sama rata dan patut dihormati.

Pada hakikatnya, kian banyak negara dan pertubuhan antarabangsa menyatakan sokongan kepada China untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan melalui rundingan, serta usaha China untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China