Cari:
Penambahan Tentera AS di Laut China Selatan Amat Berbahaya
2016-05-26 11:08:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang selalu meningkatkan penempatan dan latihan ketenteraan di Laut China Selatan akan merumitkan situasi dan "menenterakan" kawasan tersebut, bahkan mencetuskan konflik serantau.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Setiausaha Negara AS, John Kerry pada 24 Mei lalu menyatakan bahawa tindakan China di perairan Laut China Timur dan Laut China Selatan akan mencetuskan konflik serantau.

Hua berkata, tindakan yang diambil oleh China adalah untuk memelihara hak kedaulatan dan kepentingan yang sah dimiliki oleh China. Tegas beliau, AS telah mengundang banyak masalah terhadap pelbagai tempat di dunia. Negara itu diharap memikul tanggungjawabnya secara bersungguh-sungguh demi kedamaian dan kestabilan di rantau Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China