Cari:
Gabriela Ramos: China Beri Tiga Maklumat Baharu Kepada G20
2016-05-28 15:40:12 CRI Cetak

Ketua Pengarah Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang juga Penyelaras Hal Ehwal Kumpulan 20 (G20), Gabriela Ramos menyatakan di Paris baru-baru ini bahawa sebagai negara pengerusi bergilir sidang kemuncak G20, China sedang berusaha mencari persamaan dan mengetepikan perselisihan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi global.

Beliau berpendapat, China memberi tiga maklumat baharu kepada G20. Pertama, inovasi. Oleh sebab ekonomi global masih belum pulih sejak krisis kewangan lapan tahun dahulu, cadangan China untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui inovasi amat bermakna.

Maklumat kedua ialah pembangunan hijau. China telah menyampaikan pengumuman pengerusi mengenai perubahan iklim yang pertama dalam sejarah G20 dan ini telah menggalakkan Perjanjian Paris dikuatkuasa lebih awal.

Maklumat ketiga ialah rundingan yang pragmatik. China menetapkan perdagangan dan pelaburan dalam agenda perbincangan yang sama dan ini amat bermakna.

Beliau menambah, tidak mudah untuk mendorong pelbagai anggota G20 mencapai kata sepakat kerana setiap negara mempunyai keperluan, kepentingan dan cara sendiri. Sebagai negara pengerusi, China sedang berusaha untuk mencari bidang-bidang yang mungkin dapat dicapai kata sepakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China