Cari:
DPRK Bidas Kenyataan Obama
2016-05-29 15:24:33 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) membidas kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengenai DPRK ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) di Jepun. Jurucakap itu menegaskan, jika ancaman nuklear dari negara imperialism terus wujud, negara itu akan meningkatkan kekuatan senjata nuklear untuk pertahanan negara.

Katanya, Obama menganggap DPRK sebagai "halangan terbesar untuk mewujudkan dunia tanpa nuklear", dan "rancang nuklear DPRK adalah ancaman bagi rantau, AS dan dunia". Kenyataan tersebut merupakan fitnah dan memburukkan imej DPRK. Obama mengemukakan cadangan "dunia tanpa nuklear" sebenarnya berniat untuk meningkatkan kuasa nuklear sendiri, di samping melemahkan kekuatan ketenteraan negara lain.

Tambahnya, jika AS betul-betul prihatin terhadap dunia tanpa nuklear, negara itu perlu menghentikan tindakan pengugutan nuklear terhadap negara dan bangsa lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China