Cari:
Real Madrid Juarai Liga Juara-juara Eropah
2016-05-30 11:45:39 CRI Cetak

Real Madrid membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak Eropah selepas merangkul kejuaraan Liga Juara-juara buat kali ke-11 dengan menundukkan Atletico Madrid dengan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium San Siro, di Milan Itali kelmarin waktu tempatan.

Cristiano Ronaldo muncul wira Los Blancos dengan menyempurnakan sepakan kemenangan pasukannya selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit permainan yang berlanjutan hingga masa tambahan.

Terdahulu ketua pasukan, Sergio Ramos meletakkan Real di depan menerusi sepakan jarak dekat pada minit ke-15, tetapi Yannick Carrasco menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China