Cari:
Filipina Mustahil Sembunyikan Hakikat Provokasinya dengan Diselindungi Undang-undang Antarabangsa
2016-05-30 16:18:13 CRI Cetak

Tindakan dan ucapan Filipina mengenai isu Laut China Selatan baru-baru ini mustahil menyembunyikan hakikat provokasi dan logik yang tidak jelas mereka walaupun diselindungi undang-undang antarabangsa berkenaan dan dicantikkan dengan pelbagai perkataan.

Menurut rencana yang ditulis sarjana ilmu undang-undang antarabangsa dari Beijing, Lu Yang dalam akhbar Global Times China baru-baru ini, dalam proses pendakwaan dan perbicaraan mahkamah timbang tara, Filipina cuba menyahihkan tuntutan yang tidak sah mereka dengan tindakan penyembunyian kebenaran, tipu muslihat dan kelicikan, di samping memburukkan secara sewenang-wenangnya pelbagai anjuran dan langkah yang sah dan adil China dalam isu Laut China Selatan. Tindakan Filipina itu adalah untuk mencemar imej China di arena antarabangsa dan menjadikan Chinia sebagai sebuah negara yang tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa, mengancam negara kecil dan mengambil tindakan yang bersifat pencerobohan.

Banyak bukti yang dikemukakan Filipina membelakangi kebenaran fakta. Memandang dari segi undang-undang, Filipina sama sekali bukan pihak yang betul dalam isu pertikaian kedaulatan Laut China Selatan. Lingkungan kedaulatan wilayah Filipina telah ditetapkan dengan jelas dalam Perjanjian Damai Paris Amerika Syarikat (AS)-Sepanyol (Perjanjian Paris) yang ditandatangani pada tahun 1898, Perjanjian AS-Sepanyol mengenai Penyerahan Pulau-pulau Terpencil Filipina (Perjanjian Washington) yang dimeterai pada tahun 1900 dan Perjanjian Sempadan untuk Membatasi Borneo Utara (British) dan Filipina (AS) pada tahun 1930.

Namun, sejak tahun 1950an, Filipina mencipta kebohongan seperti kepulauan Nansha adalah kawasan yang tidak ada tuan rumah dan ditemukan oleh orang Filipina serta alasan yang tidak berasas seperti Filipina mempunyai kedaulatan terhadap pulau dan terumbu berkenaan kerana kedudukan geografi negaranya dekat dengan pulau dan terumbu itu. Filipina melakukan pencerobohan terhadap Kepulauan Nansha  China sejak tahun 1970an berdasarkan alasan yang tidak masuk akal tersebut. Dalam proses perbicaraan kes timbang tara kali ini, Filipina bahkan mendakwa China mencabuli hak dan kepentingan maritim mereka di kawasan Laut China Selatan.

Selain itu, dakwaan yang dilakukan Filipina mengherotkan dengan sengaja peraturan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). Pertikaian antara China dengan Filipina dalam isu Laut China Selatan berfokus pada kedualatan pulau dan terumbu berkenaan dan penetapan garis sempadan laut, dan penetapan garis sempadan laut tidak boleh dijalankan dengan mengetepikan isu kedaulatan pulau dan terumbu di kawasan itu. Oleh sebab mahkamah timbang tara antarabangsa itu tidak berkuasa untuk membicarakan kes yang membabitkan kedulatan wilayah dan garis sempadan laut, Filipina menyembunyikan niat sebenarnya yang mahu merebut dan menduduki pulau dan terumbu China di Laut China Selatan dengan meminta tafsiran terhadap hak milik pulau dan terumbu di Laut China Selatan berdasarkan UNCLOS.

China berharap Filipina berusaha bersama-sama dengan China, menyelesaikan isu berkenaan melalui rundingan dua hala berdasarkan sama rata, saling memahami, menghormati fakta dan undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China