Cari:
Sri Lanka Sokong China dalam Isu Laut Selatan
2016-06-01 18:30:29 CRI Cetak

Pertikaian Laut China Selatan perlu diselesaikan oleh China dan negara-negara yang terlibat melalui rundingan dua hala.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Bersatu (UNP) merangkap Menteri Lebuh Raya Sri Lanka, Kabir Hashim ketika bertemu dengan Keua Pengarah Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Song Tao semalam.

Menurut Kabir, pendirian UNP dan kerajaan Sri Lanka tentang isu Laut China Selatan adalah konsisten, tegas dan jelas.

Sri Lanka berpendapat bahawa hal ehwal serantau perlu dimuktamadkan melalui rundingan antara negara-negara serantau, serta tidak boleh dipengaruhi atau menerima campur tangan kuasa luar.

Pertikaian mengenai kedaulatan wilayah dan kawasan perairan perlu diselesaikan melalui rundingan dua hala.

China merupakan kuasa penting untuk mengekalkan keamanan dan pembangunan serantau.

Pihaknya yakin, Parti Komunis China dan kerajaan China akan memainkan peranan yang lebih aktif demi keamanan dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China