Cari:
Rusia: Turki Perlu Minta Maaf untuk Baiki Hubungan Dua Hala
2016-06-01 14:30:41 CRI Cetak

Rusia akan mempertimbangkan usaha untuk membaiki hubungan dengan Turki sekiranya negara itu memohon maaf dan memberikan pampasan atas tindakan menembak jatuh jet pejuang Rusia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dalam temu bual dengan wartawan semalam.

Menurut beliau, pihak Turki sedang berusaha menerusi pelbagai saluran untuk memulihkan hubungan dengan Rusia.

Namun, Turki mesti melakukan sesuatu atas tindakannya menembak jatuh jet pejuang Rusia pada 24 November tahun lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China