Cari:
Sun Jianguo Bertemu Komander Pasukan Pertahanan Australia
2016-06-03 17:39:08 CRI Cetak

Naib Ketua Turus Jabatan Turus Bersama Suruhanjaya Tentera Pusat China, Sun Jianguo bertemu dengan Komander Pasukan Pertahanan Australia, Mark Binskin sempena Dialog Shangri-La ke-15 di Singapura hari ini.

Sun dalam pertemuan itu berkata, beliau berpuas hati dengan kerjasama pragmatik China-Australia dalam bidang ketenteraan.

Selain itu, Australia juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Kedua-dua pihak dalam pertemuan itu juga telah bertukar-tukar pendapat tentang isu Laut China Selatan.

Mark Binskin pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan sinergi dengan China dalam usaha memelihara kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China