Cari:
Sarjana Sri Lanka: Kenyataan AS Jejaskan Keamanan Rantau Asia Pasifik
2016-06-06 13:22:44 CRI Cetak

Kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika Syrikat (AS), Ashton Carter mengenai China "memencilkan diri" bukan sahaja tidak berasas, bahkan menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau Asia Pasifik.

Demikian dinyatakan mantan Dekan Institut Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Strategik Sri Lanka, Asanga Abeyagoonasekera ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua China.

Pada sesi dialog dalam Dialog Shangri-La ke-15 di Singapura kelmarin, Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter menyifatkan tindakan China di Laut China Selatan ibarat sedang membina "tembok besar yang memencilkan diri sendiri".

Sehubungan dengan itu, Asanga berpendapat bahawa kata-kata tersebut adalah untuk memenuhi keperluan strategi AS bagi "mengimbangi semula kuasa mereka di Asia Pasifik". Ekonomi rantau Asia yang berkembang pesat dan kaya dengan pelbagai sumber adalah faktor yang mendorong AS memasuki rantau ini untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak.

Asanga percaya bahawa terdapat negara yang sengaja mengacau-bilaukan dan mencetuskan penentangan di rantau ini, namun negara-negara lain di rantau ini juga sepatutnya dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China