Cari:
Tidak Timbul Masalah Kebebasan Pelayaran dan Penerbangan di Laut China Selatan
2016-06-06 14:51:16 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan bahawa tidak pernah timbul masalah kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan. China berharap agar beberapa negara berkenaan dapat menghentikan tindakan yang mengganggu kedamaian dan kestabilan serantau atas alasan memelihara dan melaksanakan hak kebebasan pelayaran.

Mengenai masalah kebebasan pelayaran dan penerbangan yang disebut dalam Dialog Shangri-La di Singapura, Hua Chunying berkata, China sentiasa menghormati dan menyokong pelbagai negara menikmati kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa. China dan negara-negara di sekitar kawasan perairan tersebut telah memberikan sumbangan yang agak besar dalam hal itu.

Hua menyatakan bahawa tujuan sebenar negara berkenaan adalah semata-mata untuk memuncakkan ketegangan di Laut China Selatan dan memecah-belahkan hubungan antara negara di rantau ini bagi memudahkan campur tangan mereka dalam urusan politik dan ketenteraan.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China