Cari:
China Puji Pandangan Beberapa Negara dan Tokoh dalam Isu Laut China Selatan
2016-06-07 13:09:22 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei memuji pandangan beberapa negara seperti Tanzania, Uganda, Eritrea, Comoros serta Naib Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Afrika yang menyokong pendirian China dalam isu Laut China Selatan. Beliau menyifatkan pandangan tersebut selaras dengan realiti dan telah mewakili suara masyarakat antarabangsa yang adil dan saksama serta objektif.

Dalam sidang media semalam, Hong Lei menyatakan bahawa semakin banyak negara mula memahami dan menyokong pendirian China dalam isu Laut China Selatan, menyokong China dan negara berkenaan menyelesaikan pertikaian melalui rundingan berdasarkan perjanjian dua hala dan persepakatan serantau demi memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan. China menggesa negara berkenaan agar benar-benar mematuhi perjanjian dua hala dan persepakatan serantau serta kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan isu pertikaian tersebut.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China