Cari:
China Kekal Selesaikan Isu Laut China Selatan Melalui Rundingan Dua Hala
2016-06-08 16:28:16 CRI Cetak

Kementerian Luar China mengeluarkan kenyataan hari ini yang menyatakan bahawa China kekal menyelesaikan pertikaian isu Laut China Selatan dengan Filipina melalui rundingan dua hala.

Kenyataan itu turut menyebut, tindakan Filipina yang membawa isu Laut China Selatan ke mahkamah timbang tara secara sepihak telah menutup jalan penyelesaian isu tersebut secara rundingan dengan China. Tindakan Filipina itu merupakan provokasi terhadap China dan telah melanggar persepakatan yang dicapai kedua-dua negara untuk menangani dan mengawal perselisihan sehingga mengakibatkan hubungan kedua-dua negara dan situasi Laut China Selatan semakin meruncing. China menentang sekeras-kerasnya tindakan Filipina, mengekalkan pendirian tidak menerima dan tidak menyertai prosiding timbang tara serta mengekalkan penyelesaian pertikaian berkenaan melalui rundingan.

Menurut kenyataan itu, China dan Filipina pernah mencapai persepakatan berhubung pertikaian perlu diselesaikan melalui rundingan dua hala. Namun China dan Filipina tidak pernah mengadakan rundingan untuk mengemukakan kes timbang tara.

Tindakan Filipina yang membawa isu Laut China Selatan ke mahkamah timbang tara secara sepihak jelas melanggar persepakatan kedua-dua negara dan telah mencabuli Deklarasi Tatalaku  Pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) serta menyalahgunakan Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa China menolak penyelesaian pertikaian oleh pihak ketiga dan tidak menerima sebarang kaedah penyelesaian secara memaksa. China menggesa Filipina menghentikan proses timbang tara itu dan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China