Cari:
China: Masyarakat Antarabangsa Perlu Hormati Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah Pakistan
2016-06-10 13:34:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Masyarakat antarabangsa perlu mengiktiraf usaha bersungguh-sungguh kerajaan Pakistan untuk membanteras keganasan dan menyokong proses permuafakatan Afghanistan, serta menghormati hak kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu.

Jurucakap Kementeri Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Angkatan tentera dan kerajaan Pakistan dalam kenyataan bersama baru-baru ini menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara menggunakan pesawat jenis dron terhadap negaranya pada 21 Mei lalu bukan sahaja menjejaskan kepercayaan Pakistan terhadap AS, malah mencabuli usaha mendorong proses perdamaian Afghanistan.

Berhubung dengan hal tersebut, Hong berkata, pihak-pihak yang terlibat perlu mengembleng tenaga dalam proses perdamaian Afghanistan dengan menghulurkan bantuan kepada pasukan penyelaras kuartet perdamaian yang terdiri daripada Afghanistan, China, Pakistan dan AS.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China