Cari:
Enam Kesalahan dalam Keputusan Tribunal Timbang Tara Mengenai Isu Laut China Selatan
2016-06-11 15:40:34 CRI Cetak

Persatuan Undang-undang Antarabangsa China semalam mengeluarkan artikel yang bertajuk "Keputusan tribunal timbang tara mengenai isu Laut China Salatan tidak sah".

Artikel itu menyatakan bahawa tribunal timbang tara tidak berkuasa untuk membicarakan kes timbang tara yang dikemukakan oleh Filipina dan keputusan yang dibuat oleh tribunal timbang tara itu juga tidak sah, baik dari segi fakta mahu pun dari segi undang-undang. Terdapat sekurang-kurangnya enam kesalahan dalam keputusan itu.

Pertama, tribunal timbang tara itu mempunuyai kesalahan dalam mengenalpasti pertikaian antara China dan Filipina yang difailkan Filipina boleh diselesaikan berdasarkan Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Kedua, tribunal timbang tara itu mempunuyai kesalahan dalam mengenalpasti pihaknya berkuasa untuk membicarakan kes pertikaian kedaulatan wilayah yang tidak terlibat dalam UNCLOS.

Ketiga, mempunuyai kesalahan dalam mengenalpasti pihaknya berkuasa untuk menangani isu yang terlibat penetapan garis sempadan laut yang telah ditolak oleh China berdasarkan peraturan UNCLOS.

Keempat, tribunal timbang tara itu mempunuyai kesalahan dalam menafikan wujudnya perjanjian berhubung penyelesaian pertikaian melalui rundingan antara China dengan Filipina.

Kelima, mempunuyai kesalahan dalam mengenalpasti Filipina telah menunaikan kewajipan "bertukar-tukar pendapat" tentang cara penyelesaian pertikaian berkenaan.

Keenam, tribunal timbang tara itu telah membelakangi tujuan UNCLOS sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian dan turut menjejaskan kelengkapan dan kewibawaan konvensyen itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China