Cari:
Suspek Kes Tembakan Orlando Dipercayai Terlibat IS
2016-06-14 15:27:23 CRI Cetak

Omar Mateen, lelaki yang melepaskan tembakan rambang di Kelab Malam Pulse di bandar Orlando, Florida, Amerika Syarikat, awal Ahad lalu, yang mengakibatkan seramai 50 orang terbunuh manakala 53 yang lain cedera, dipercayai ada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Insiden tembakan terburuk dalam sejarah negara itu membuatkan Presiden Barack Obama melabelkan serangan itu sebagai tindakan pengganas dan juga mempunyai unsur kebencian.

Suspek dikenal pasti sebagai Omar Mateen, 29, anak kepada pasangan warga Afghanistan yang dilahirkan di New York.

Menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Mateen sudah dua kali disoal siasat, namun dibebaskan kerana pihaknya belum me­nemukan bukti kukuh mengaitkan kejadian itu dengan kumpulan militan IS. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi membuktikan suspek terlibat dengan kumpulan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China