Cari:
Media Perdana di Serbia Fokuskan Lawatan Presiden Xi
2016-06-18 14:51:08 CRI Cetak

Media arus perdana di Serbia memberi lebih banyak liputan tentang aktiviti Presiden China, Xi Jinping yang melakukan lawatan rasmi atas undangan rakan sejawatnya,Tomislav Nikolic ke negara itu, sekali gus mengharapkan lawatan pemimpin China itu dapat berjalan dengan jayanya.

Dalam tempoh dua hari berturut-turut, akhbar Politika menyiarkan rencana yang dibubuhi nama Xi Jinping serta beberapa buah artikel yang disumbang media China mengenai perkembangan ikatan China-Serbia dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan.

Presiden Persatuan Wartawan Serbia, yang juga ketua editor Politika, Ljiljana Smajlovic memaklumkan, kesemua artikel tersebut selepas disiarkan telah mendapat sahutan luas di kalangan pembaca, yang menunjukkan minat terhadap kuasa besar dari Timur itu.

Selain itu, Radio Television Serbia (RTS) dan Agensi Berita Tanjug juga membuat persiapan secukupnya yang melibatkan sejumlah besar peralatan dan tenaga manusia untuk liputan lawatan Presiden Xi kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China