Cari:
Penghormatan Xi kepada Korban Serangan NATO di Serbia
2016-06-18 14:59:45 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang baru tiba di Serbia semalam memberikan penghormatan kepada tiga orang penjawat awam China yang terkorban akibat serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terhadap Kedutaan Besar China di Yugoslavia pada Mei 1999.   

Sebagai aktiviti pertama dalam sesi lawatan ini, Presiden Xi dan isterinya, Peng Liyuan berserta Presiden Serbia, Tomislav Nikolic, Speaker Parlimen, Maja Gojkovic, Perdana Menteri, Aleksandar Vucic dan semua anggota Kabinet negara itu menziarahi bekas tapak Kedutaan Besar China, iaitu lokasi serangan berkenaan, untuk memberikan penghormatan kepada mereka yang terkorban, antaranya tiga wartawan bernama Shao Yunhuan, Xu Xinghu dan Zhu Ying.

Pemimpin kedua-dua negara bertafakur selama 30 saat sebagai tanda menghormati wira dan wirawati yang telah gugur itu. Selepas itu, mereka meletakkan kalungan bunga berhampiran lokasi serangan.

Xi dan Nikolic menegaskan bahawa persahabatan tradisional China-Serbia dan perasaan istimewa antara kedua-dua negara ini disaksikan oleh darah dan jiwa, dan sepatutnya disemarakkan dan diwarisi secara turun-temurun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China