Cari:
Lawatan Presiden Xi ke Poland, Petanda Signifikan
2016-06-19 14:45:14 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping selepas mengakhiri lawatan beliau ke Serbia akan meneruskan kunjungannya ke Poland selama tiga hari bermula 19 Jun ini.

Lawatan kali ini merupakan lawatan pertama pemimpin China ke negara di Eropah Tengah itu sejak 12 tahun yang lalu, dan dianggap sebagai petanda signifikan dalam pembangunan hubungan China-Poland.

Timbalan Menteri Luar Poland, Katarzyna Kacperczyk ketika diwawancara pemberita CRI meluahkan harapan beliau agar lawatan Presiden China kali ini dapat menjadi satu lagi detik yang penting dalam sejarah hubungan kedua-dua negara.

Menurut beliau, lawatan berkenaan merupakan momentum bagi mengintensifkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelaburan, pelancongan, kebudayaan, sains dan teknologi.

Dalam pada itu, bekas Duta Besar Poland ke China, Krzysztof Szumski menyifatkan lawatan Presiden Xi ini sebagai bersejarah.

Kata beliau, bagi Poland, lawatan berkenaan pasti akan menyediakan lebih banyak peluang kepada negara itu untuk melakukan kerjasama dengan China dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi.

Szumski berharap agar Warsaw dapat menyumbang kepada program kerjasama di bawah rangka "16+1" yang disyorkan Beijing pada 2012.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China