Cari:
Kerjasama China-ASEAN Basmi Kemiskinan Buahkan Hasil
2016-06-24 16:34:23 CRI Cetak

Forum Pembangunan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan China-ASEAN ke-10 diadakan di Guilin, wilayah Guangxi, barat daya China baru-baru ini. Dalam forum itu, para peserta antaranya pegawai dari Setretariat ASEAN dan negara-negara ASEAN memberikan penghargaan yang tinggi kepada kerjasama antara China dengan ASEAN dalam usaha membasmi kemiskinan.

Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Dr. AKP Mochtan yang bertanggungjawab atas hal ehwal kerjasama berkata, China dan ASEAN bersama-sama berhadapan dengan cabaran dalam misi memerangi kemiskinan. Sejak kedua-dua pihak memulakan kerjasama berkenaan, jumlah populasi yang miskin tegar di ASEAN telah menurun kepada 1 peratus ke bawah. Di samping itu, bilangan penduduk yang terpelajar didapati semakin meningkat.

Beliau berharap China dan ASEAN dapat menjalinkan kerjasama yang lebih rapat melalui pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk bersama-sama menangani cabaran dalam usaha membasmi kemiskinan, sekali gus membantu golongan yang mudah terjejas memperoleh lebih banyak sumber alam dan perkhidmatan kewangan.

Setiausaha Rendah Negeri, Kementerian Pembangunan Desa Kemboja, Hap Omaly berkata, hubungan kerjasama yang baik antara China dan ASEAN membantu memacu pembangunan desa dan pembinaan infrastruktur tali air di Kemboja. Jumlah penduduk yang miskin di negara itu berkurang beberapa juta sejak China dan ASEAN mengintensifkan kerjasama dalam pembasminan kemiskinan pada tahun 1992.

Timbalan Menteri Jabatan Kerajaan Laos yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pembasmian Kemiskinan Negara (NCRDPE), Somsanith Souvannalath berkata, pelaksanaan inisiatif B&R akan menawarkan peluang keemasan kepada China dan negara-negara ASEAN untuk menjayakan program pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar. Kata beliau, projek landasan kereta api China-Laos yang sedang dibina menjadi pemacu penting kepada pembangunan sosioekonomi Loas, khususnya pembangunan kawasan luar bandar negara itu.

Naib Pengarah Jabatan Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan (CPAD), Dewan Negara China, Zheng Wenkai pula berkata, inisiatif B&R memberikan tumpuan kepada peningkatan sinergi dan kesalinghubungan antara negara-negara terbabit. Usaha tersebut akan membantu meneroka potensi pasaran serantau, di samping memacu pelaburan, penggunaan dan permintaan serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk negara-negara berkenaan. Inisiatif itu hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan kerjasama serantau dalam misi menghapuskan kemiskinan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China