Cari:
Erdogan Minta Maaf Insiden Tembak Jatuh Pesawat Rusia
2016-06-28 14:46:45 CRI Cetak

Kerajaan Rusia dan Turki semalam secara rasmi mengumumkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengutus surat permohonan maaf kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas insiden pesawat Turki F-16 menembak jatuh pesawat Su-24 milik Rusia pada bulan November lalu.

Menurut laman web Presiden Rusia, Erdogan dalam surat permohonan maaf tersebut turut menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan Rusia dalam menangani insiden tersebut, di samping melahirkan rasa simpati kepada anggota keluarga juruterbang Rusia yang terkorban dalam insiden itu.

Erdogan juga memaklumkan Rusia merupakan sahabat dan rakan strategik Turki. Negaranya tidak berniat untuk menembak jatuh pesawat Rusia tersebut.

Turki akan berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan semula hubungan dengan Rusia dan berharap agar kedua-dua pihak dapat menjalinkan kerjasama dalam menangani krisis serantau dan membanteras keganasan.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus dalam sidang media semalam berkata, Rusia mula mengeluarkan visa kerja kepada warga Turki yang bekerja dengan syarikat Turki di Rusia.

Perkara tersebut merupakan salah satu tanda pemulihan hubungan Rusia dan Turki.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China