Cari:
UNSC Kutuk Serangan Bom Berani Mati di Lubnan
2016-06-28 18:11:18 CRI Cetak
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan bom berani mati yang berlaku di timur laut Lubnan.

Menurut kenyataan tersebut, dalang dan pihak yang menyumbangkan dana dalam siri serangan tersebut mesti dihukum.

Negara-negara terlibat digesa bekerjasama dengan pihak berkuasa Lubnan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC.

Kenyataan itu turut menegaskan, pelbagai langkah perlu diambil untuk menyekat sumber dana yang disalurkan kepada kumpulan militan atau individu serta mengulangi amaran bahawa sebarang bentuk keganasan adalah perbuatan jenayah dan tidak boleh dikaitkan dengan agama, budaya dan etnik minoriti.

Empat siri serangan bom berani mati yang berlaku di bandar Al-Qaa, timur laut Lubnan yang bersempadan dengan Syria pada subuh semalam, telah mengakibatkan lima maut, manakala 15 lagi cedera.

Pada sebelah malam pula, berlaku lagi serangan bom berani mati di bandar tersebut, mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera.

Hingga kini, masih belum ada sebarang kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China