Cari:
Pembaharuan, Daya Penggerak Asas Ekonomi China
2016-06-29 15:01:22 CRI Cetak

Pembaharuan merupakan daya penggerak asas bagi pembangunan ekonomi China.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam sesi dialog dengan lebih tiga ratus wakil usahawan dari pelbagai negara yang menyertai Forum Davos Musim Panas 2016, di Tianjin pagi semalam.

Li berkata, sebagai negara membangun yang terbesar di dunia, China masih berada dalam proses industrialisasi dan urbanisasi.

China telah memperkenalkan strategi "Buatan China 2025" dan "Internet+" serta berusaha untuk menaik taraf pengeluaran pintar bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah.

Di samping itu, China akan mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan kapasiti pengeluaran yang berlebihan, menangani masalah lebihan pekerja dengan baik serta melindungi hak dan kepentingan mereka yang sah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China