Cari:
Merkel: EU Cukup Kuat Berdepan Cabaran
2016-06-29 12:34:49 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel menggesa 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) agar berpadu tenaga untuk menghadapi cabaran dan menghapuskan keraguan terhadap proses integrasi Eropah.

Semasa berucap di Parlimen Persekutuan Jerman, Merkel berkata, EU akan mengadakan rundingan dengan Britain tentang pengunduran negara itu dari EU dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dalam pada itu, Britain perlu memberikan penjelasan tentang urusan hubungannya dengan EU.

Tambah beliau, EU cukup kuat untuk berdepan dengan cabaran pengunduran Britain.

Beliau turut menggesa negara-negara terlibat agar memikul "tanggungjawab sejarah" dalam hal tersebut bagi mengelakkan Eropah daripada terus berpecah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China