Cari:
Pengunduran Britain dari EU Tidak Mungkin Cetus Krisis Kewangan
2016-06-29 12:35:37 CRI Cetak

Walaupun pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) menimbulkan risiko baharu kepada ekonomi global, namun tiada tanda-tanda akan tercetusnya satu lagi krisis kewangan.

Demikian dinyatakan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jacob J.Lew ketika ditemu bual oleh wartawan baru-baru ini.

Menurut beliau, tidak dinafikan pengunduran Britain dari EU bakal meniupkan "angin dari depan" kepada pertumbuhan ekonomi AS, namun AS, Eropah dan Britain mampu mengatasi segala kesulitan tersebut.

Tambahan pula, kerajaan Britain sudah mengambil pelbagai inisiatif, walaupun tanda-tanda krisis kewangan masih belum kelihatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China