Cari:
Rusia Lanjut Larangan Import Makanan dari Barat hingga Hujung 2017
2016-06-30 14:48:40 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menandatangani dekri untuk melanjutkan larangan mengimport makanan dari Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain hingga penghujung 2017, sebagai membalas sekatan yang dikenakan negara Barat terhadap Moscow.

Menurut dokumen rasmi berkenaan, sekatan ekonomi khas terhadap negara-negara Barat berkenaan akan dilanjutkan daripada Ogos 2014 kepada 31 Disember 2017 demi "menjamin keselamatan negara".

Sekatan tersebut membabitkan larangan pengimportan hasil pertanian, bahan mentah dan produk makanan dari negara-negara Barat yang mengenakan sekatan ke atas Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China