Cari:
Rundingan Saluran Tepat Selesai Isu Laut China Selatan
2016-07-03 16:24:58 CRI Cetak
Pertikaian di Laut China Selatan hanya dapat diselesaikan melalui rundingan secara langsung antara negara-negara terbabit, dan rundingan berkenaan tidak memerlukan perantara.

Demikian dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Hungary, Peter Medgyessy ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini.

Medgyessy berkata, tribunal antarabangsa tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertikaian tersebut. China selaku pemeterai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), juga telah kerap kali menekankan hal ini, serta pendirian yang tidak menerima dan tidak menyertai timbang tara yang dikemukakan secara sepihak oleh Filipina.

Beliau turut menegaskan bahawa campur tangan mana-mana pertubuhan antarabangsa atau negara di luar rantau tidak akan membantu menyelesaikan isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China