Cari:
Perbuatan Filipina Bercanggah Sesama Sendiri
2016-07-03 16:26:12 CRI Cetak

Tindakan Filipina memfailkan secara sepihak kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan di tribunal antarabangsa adalah bercanggah sesama sendiri, dan telah mengkhianati hasrat murninya sendiri untuk menyelesaikan pertikaian melalui rundingan sebelum ini.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Czech, Vojtech Filip ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan terburu-buru Filipina itu telah melangkaui rangka kerja undang-undang antarabangsa, dan mengingkari prinsip mencapai konsensus melalui rundingan yang dijanjikan negara tersebut.

Beliau menambah bahawa tindakan China dalam isu berkenaan adalah munasabah. Kerajaan China tidak mungkin menerima timbang tara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China