Cari:
80 Maut Letupan Bom Kereta di Baghdad
2016-07-03 16:27:05 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh, manakala 138 lagi cedera dalam dua letupan bom kereta yang berlaku di Baghdad, ibu negara Iraq.

Seorang pegawai Kementerian Dalaman Negeri Iraq yang enggan namanya didedahkan berkata, seorang penyerang berani mati memandu kereta ke sebuah jalan raya di pusat bandar awal pagi tadi, lalu meletupkan bom berkenaan.

Letupan itu turut memusnahkan beberapa kedai dan kereta yang terletak berhampiran.

kumpulan militan Negara Islam (IS) dilaporkan mengaku mendalangi serangan tersebut.

IS kini masih menduduki kawasan yang luas di barat dan utara Iraq, dan bertempur dengan tentera kerajaan di beberapa wilayah.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China