Cari:
Kedamaian, Pembangunan dan Kerjasama Arus Perdana Dunia
2016-07-03 16:31:09 CRI Cetak

Walaupun pergolakan berlaku di sesetengah tempat pada masa ini, namun aspirasi untuk mewujudkan kedamaian, pembangunan, kerjasama dan kemajuan tetap merupakan arus perdana dunia. Demikian dinyatakan oleh mantan ahli Dewan Negara China, Dai Bingguo ketika berucap di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) AS baru-baru ini.

Kata beliau, tidak wujud lagi dua kumpulan yang berkonfrontasi antara satu sama lain dalam bidang politik, ekonomi dan ketenteraan. Fahaman untuk bersekutu semakin pudar, manakala hasrat untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib semakin kuat. Negara-negara di dunia yang tidak lagi menjunjung suatu model pembangunan tertentu, kini menumpukan perhatian untuk mencari jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan sendiri. 

Tambah beliau, sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab, China bukan sahaja komited untuk mentadbirkan negara sendiri dengan baik, tetapi juga bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa demi memberikan sumbangan bersifat membina kepada dunia.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China