Cari:
Kes Timbang Tara Laut China Selatan Menyalahi Undang-undang Antarabangsa
2016-07-05 14:25:13 CRI Cetak

Pakar hal ehwal undang-undang Korea Selatan, Kim Hyeonsu baru-baru ini menyatakan bahawa Filipina mengemukakan kes timbang tara isu Laut China Selatan secara sepihak dengan memaksa telah menyalahi undang-undang antarabangsa dan tidak berfaedah kepada keamanan dan kestabilan serantau.

Profesor Kim Hyeonsu daripada Fakulti Undang-undang Universiti Inha Korea Selatan bertugas menjalankan penyelidikan terhadap undang-undang maritim dan undang-undang antarabangsa dalam jangka masa panjang. Ketika diwawancara oleh wartawan, beliau menyatakan bahawa kes timbang tara itu bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa tetapi juga tidak selaras dengan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) yang telah dicapai oleh China dan ASEAN pada tahun 2002.

Kim Hyeonsu menyatakan bahawa sebagai negara pemeterai Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), China berhak memilih cara penyelesaian pertikaian, dan pilihan itu sepatutnya dihormati oleh pihak lain dan mahkamah antarabangsa. Tribunal timbang tara tidak berhak membicarakan kes timbang tara Laut China Selatan, maka China tidak wajib menyertai prosiding timbang tara itu dan juga tidak perlu menerima keputusannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China