Cari:
China Menolak Sebarang Cara Penyelesaian Pertikaian secara Paksa
2016-07-06 11:46:03 CRI Cetak

Jurucakap Kemeneterian Luar China, Hong Lei menyatakan bahawa, China menolak sebarang cara penyelesaian pertikaian melalui pihak ketiga untuk menyelesaikan isu kedualatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim, dan tidak menerima sebarang cara penyelesaian pertikaian secara paksa.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang sama ada akan tercetusnya konflik ketenteraan di Laut China Selatan berikutan ketegangan situasi semakin memuncak di kawasan itu dalam masa terdekat, Hong Lei menyatakan bahawa China berazam memelihara kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim negara sendiri di Laut China Selatan, serentak itu China juga berpegang teguh pada penyelesaian pertikaian melalui rundingan dengan negara terlibat. China akan bersama-sama dengan negara-negara ASEAN memelihara keamaman dan kestabilan di Laut China Selatan.

Hong Lei menyatakan bahawa negara yang bukan di rantau ini perlu mengambil pendirian dan mengamalkan dasar yang berkecuali serta perlu berhati-hati ketika bercakap dan mengambil sebarang tindakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China