Cari:
Obama:Rancangan Pengunduran Tentera Ditunda
2016-07-07 14:32:08 CRI Cetak
Presiden AS, Barack Obama mengumumkan akan menunda rancangan pengunduran tentera AS dari Afghanistan dan akan mengekalkan kira-kira 8400 askar di sana sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan Januari tahun depan.

Barack Obama dalam ucapannya di Rumah Putih semalam berkata, situasi keselamatan di Afghanistan masih "berbahaya" dan pasukan keselamatan Afghanistan tidak "cukup kuat". Dengan ini, sejumlah pasukan tentera AS terus ditempatkan di Afghanistan bermanfaat bagi terus membantu pembangunan pasukan negara ini.

Obama menambah, keputusan pengubahsuaian rancangan pengunduran tentera dibuat beliau selepas mendengar cadangan pihak tentera dan mengadakan rundingan dengan kumpulan keselamatan negara. Rancangan baharu itu akan meletakkan asas yang kukuh bagi penggantinya membantu pembangunan Afghanistan secara berterusan, di samping mengekalkan kefleksibelan yang diperlukan untuk menghadapi ancaman keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China