Cari:
Wang Yi: Kes Timbang Tara Sepatutnya Diboikot Masyarakat Antarabangsa
2016-07-07 17:27:53 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi bersama-sama dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menghadiri sidang media selepas pertemuan di Rumah Tamu Diaoyutai Beijing tadi.

Ketika membicarakan tentang isu Laut China Selatan, Wang Yi menyatakan bahawa China sentiasa mengekalkan pendirian, iaitu menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan damai.

Menurut Wang, tindakan yang menolak dialog dan menggalakkan secara paksa prosiding timbang tara tanpa persetujuan negara yang terlibat membelakangi semangat kehakiman, memutarbelitkan tujuan Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). Tindakan itu bukan sahaja tidak berfaedah kepada penyelesaian pertikaian secara damai, bahkan akan meruncingkan lagi ketegangan situasi. Tindakan itu sepatutnya diboikot oleh semua negara dan rakyat yang menjunjung tinggi keadilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China