Cari:
NATO Akan Perhebatkan Usaha Pertahanan dan Pencegahan
2016-07-09 16:16:01 CRI Cetak

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pada 8 Julai lalu berkata bahawa pemimpin negara anggota NATO memutuskan untuk memperhebatkan usaha pertahanan dan pencegahan demi menghadapi cabaran abad baharu.

Dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak NATO di Warsaw pada hari pertama sidang itu, Stoltenberg menyatakan bahawa pemimpin negara anggota NATO memutuskan untuk meningkatkan kehadiran tentera di kawasan tengah dan timur Eropah, antaranya termasuk menempatkan pasukan tentera pelbagai negara sebanyak empat batalion di tiga negara di sekitar Laut Baltik dan Poland. Rancangan penempatan ini akan mulai dilaksanakan pada tahun depan.

Dalam tempoh sidang itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obam telah bertemu dengan pemimpin Kesatuan Eropah(EU). Kedua-dua pihak menyatakan akan meningkatkan perpaduan dan kerjasama untuk menghadapi cabaran termasuk Britain keluar daripada EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China