Cari:
Ucapan Menteri Luar China mengenai Keputusan Tribunal Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2016-07-12 20:35:15 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengeluarkan ucapan mengenai keputusan muktamad Tribunal Timbang Tara Isu Laut China Selatan pada 12 Julai.

Beliau berkata, sebuah tribunal yang ditubuhkan untuk sementara waktunya mengeluarkan apa yang dikatakan keputusan kes timbang tara isu Laut China Selatan yang dikemukakan oleh mantan kerajaan Filipina dengan sepihak. Tujuannya jelaslah untuk menjejaskan kedaulatan dan kepentingan maritim negara ini di Laut China Selatan. Kementerian Luar China telah mengeluarkan kenyataan yang menegaskan pendirian serius, iaitu Beijing tidak menerima dan tidak mengiktiraf keputusan timbang tara yang dibuat oleh Tribunal berkenaan. Pada masa yang sama, Kementerian Luar China juga mengeluarkan "Kenyataan Kerajaan Republik Rakyat China mengenai Kedaulatan dan Kepentingan Maritim di Laut China Selatan".

Wang Yi seterusnya menjelaskan sikap China:

Pertama, kes timbang tara berkenaan sebenarnya hanya satu sandiwara politik yang diselubungi alasan undang-undang. Sifat kes ini mesti didedahkan.

Kedua, China memilih tidak menerima dan tidak mengikuti timbang tara berkenaan, dengan tujuannya untuk memelihara undang-undang antarabangsa dan tata tertib serantau.

Ketiga, kedaulatan dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan terbukti dengan asas sejarah dan undang-undang yang kukuh dan tidak akan terjejas oleh apa yang dikatakan keputusan Tribunal.

Keempat, China akan terus berusaha menyelesaikan pertikaian melalui rundingan damai, dan memelihara kedamaian serta kestabilan serantau.

Wang Yi berkata, China akan terus mengekalkan pendekatan damai, iaitu rundingan dengan pihak-pihak yang langsung terbabit berdasarkan undang-undang antarabangsa; memelihara kebebasan pelayaran dan penerbangan pelbagai negara; melaksanakan "Deklarasi Tata Laku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan "(DOC) secara menyeluruh dan berkesan dan menggalakan perbincangan "Kod Tata Laku Laut China Selatan" (COC) dalam rangka DOC.

Menurut Wang, eksploitasi berdasarkan niat jahat dan manupulasi politik ekoran kes timbang tara berkenaan telah mengheret isu Laut China Selatan ke konfrontasi yang semakin tegang dan berbahaya, sama sekali tidak bermanfaat bagi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau, dan juga tidak bersesuaian dengan kepentingan bersama China, Filipina, negara-negara serantau serta masyarakat antarabangsa. Sebaik sahaja sandiwara politik ini berakhir, sudah tibalah masa untuk kembali ke landasan yang betul.

China telah memberi tumpuan kepada siri kenyataan kerajaan baharu Filipina yang termasuk bersedia memulihkan rundingan dan dialog mengenai isu Laut China Selatan dengan Beijing. Kami amat gembira dapat merasakan keikhlasan kerajaan baharu Filipina dengan langkah yang benar, memilih bekerjasama dengan China untuk bersungguh-sungguh mengawal pertikaian supaya dapat menggalakkan hubungan China-Filipina kembali ke arah pembangunan yang sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China