Cari:
China Disokong Semakin Banyak dalam Isu Laut China Selatan
2016-07-12 14:56:17 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar Negera China, Lu Kang menunjukkan semalam bahawa semakin banyak negara telah menyatakan pendirian mereka secara terbuka untuk menyokong China dalam menangani isu Laut China Selatan. Fakta ini membuktikan dengan jelas bahawa keadilan terdapat pada hati orang.

Lu Kang berkata, pihak China telah memperhatikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negara dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja baru-baru ini yang berbunyi bahawa kontroversi antara China dan Filipina tidak berhubung dengan ASEAN yang berfungsi sebagai satu badan bersepadu, dan pihak Kemboja tidak akan menyertai sebarang operasi yang berkaitan dengan pendirian bersama ekoran keputusan kes timbang tara berkenaan. Ini merupakan kali ketiga bagi kerajaan Kemboja menyatakan pendirian yang adil dan tepat tentang isu Laut China Selatan dalam tempoh masa yang kurang daripada sebulan.

Lu Kang menunjukkan, kini semakin banyak negara menyokong pendirian China, mengesyorkan supaya China dan Filipina boleh menyelesaikan perselisihan secara langsung melalui perundingan kedua-dua pihak dan bersetuju negara berdaulat bebas memilih cara untuk menyelesaikan pertikaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China