Cari:
Jepun Digesa Ambil Kira Keprihatinan Negara Jiran tentang Keamanan
2016-07-12 14:59:13 CRI Cetak

Jurucakap Menteri Luar China, Lu Kang menyatakan pada 11 Julai lalu, Beijing berharap Tokyo mengambil kira keprihatinan negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa tentang keamanan, mengekalkan perkembangan secara damai serta berhati-hati mengambil tindakan dalam sektor keselamatan dan ketenteraan. Dalam pengundian Dewan Senat Jepun yang diadakan beberapa hari lalu, Perikatan Berkuasa yang terdiri daripada Parti Komeito dan Parti Liberal Demokratik (LDP) memenangi lebih separuh kerusi dalam Dewan Senat, sekali gus membolehkan kerajaan Abe untuk meminda Perlembagaan Damai.

Dalam sidang akhbar rutin di China pada hari itu, Lu ditanya sama ada China berasa gementar tentang hal ini.

" Pihak China tidak berasa gementar. Memandangkan jenayah kejam yang pernah dilakukan Jepun kepada rakyat Asia dalam sejarah silam, negara-negara Asia dan masyarakat antarabangsa sentiasa menumpukan perhatian tinggi terhadap kecenderungan Jepun dalam bidang penggubalan dasar keselamatan dan ketenteraan."

Demikian dikatakan Lu Kang dalam sidang akhbar tersebut.

Beliau pula menyatakan, pengundian Dewan Senat Jepun sebenarnya merupakan urusan dalamannya. Hal itu mendapat perhatian tinggi dari masyarakat antarabangsa terutamanya negara-negara berkenaan di rantau Asia termasuk China, justru disebabkan faktor-faktor yang diketahui umum.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China