Cari:
Kenyataan Lengkap Kementerian Luar China Berhubung Keputusan Muktamad Kes Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2016-07-12 20:37:57 CRI Cetak
Berikut ini adalah kenyataan selengkapnya yang dikeluarkan Kementerian Luar China selepas diumumkannya keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara The Hague (PCA) mengenai isu pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan, yang difailkan atas tuntutan Filipina. Kementerian Luar China menegaskan keputusan tersebut adalah sia-sia sahaja dan sama sekali tidak sah dalam bidang penguatkuasaan. Oleh hal yang demikian, Beijing menolak dan menafikan keputusan muktamad itu.

Pada 22 Januari 2013, bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino III mengemukakan tuntutan kedaulatan terhadap wilayah di Laut China Selatan dan menfailkan kes timbang tara secara sepihak kepada tribunal di The Hague. Pada 19 haribulan Februari, Beijing bertindak balas terhadap perbuatan Manila tersebut dan mengumumkan bahawa China tidak akan menerima dan melibatkan diri dalam kes timbang tara tersebut. Pada 7 Disember 2014, kerajaan China mengeluarkan "Dokumen Pendirian mengenai Masalah Bidang Kuasa Kes Timbang Tara yang Dibangkitkan Filipina" untuk menyelar negara di Asia Tenggara itu melanggar perjanjian yang dicapai kedua-dua negara, mencemari Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), dan mencabar amalan umum timbang tara antarabangsa. Pada 29 Oktober 2015, Tribunal mengumumkan keputusan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk menghakimi kes berkenaan dan menyifatkan tuntutan Filipina itu sebagai boleh diterima. Kerajaan China segera menyuarakan pendapat bahawa keputusan tersebut adalah sia-sia sahaja dan sama sekali tidak sah dalam bidang penguatkuasaan. Pendirian Beijing adalah jelas dan konsisten.

Tindakan sepihak Filipina dilakukan dengan niat yang jahat, iaitu bukan untuk menyelesaikan pertikaian dengan China serta memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan, hanyalah untuk menafikan hak kedaulatan China terhadap Laut China Selatan dan kepentingan maritim. Perbuatan Filipina membangkitkan kes timbang tara telah melanggar undang-undang antarabangsa. Niat negara itu adalah untuk merebut hak kedaulatan terhadap sesetengah pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha dan tuntutannya pasti melibatkan isu penggarisan sempadan maritim Filipina-China. Tanpa mempedulikan kewibawaan UNCLOS dan bantahan keras China, Filipina nekad mengeksploiasi undang-undang antarabangsa tersebut demi mengejar kepentingan sendiri. Pada 2006, China menyenaraikan beberapa pertikaian yang melibatkan penggarisan sempadan maritim, teluk bersejarah dan hak milik serta aktiviti ketenteraan dan kegiatan penguatkuasaan undang-undang yang termaktub dalam peruntukan 298 UNCLOS dan memulaukannya daripada prosedur penyelesaian pertikaian secara mandatori. Kedegilan Manila tersebut mencabuli kebebasan hak memilih cara penyelesaian yang dinikmati China selaku negara pemeterai UNCLOS. Tindakan sepihak Filipina mengemukakan kes timbang tara mencemari perjanjian bilateral tercapai dengan China mengenai penyelesaian pertikaian melalui rundingan, melanggar janji yang dibuat semasa tercapainya Deklarasi Perilaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), mencabar kesahan peruntukan UNCLOS, serta memecahkan penetapan prinsip "Pacta Sunt Servanda", iaitu asas Kepastian Hukum.

Tribunal mengetepikan inti sari timbang tara ini ialah persengketaan tentang kedaulatan wilayah dan penetapan garis sempadan maritim, menyalahfahami pilihan bersama-sama China dan Filipina sebelum ini tentang kaedah penyelesaian persengketaan serta menyalahfahami kuasa undang-undang yang dimandatkan DOC tentang janji. Selain itu, Tribunal dengan sengaja mengetepikan kenyataan China berdasarkan perkara ke-298 UNCLOS tentang keadaan berkecuali, memisahkan pulau dan terumbu yang terpilih dari latar belakang geografi makro pulau-pulau di Laut China Selatan serta mentafsir dan menggunakan UNCLOS dengan subjektif. Keputusan Tribunal itu menjadi kesalahan yang ternyata dari segi pengenalpastian hakikat dan penggunaan undang-undang. Langkah dan keputusan Tribunal membelakangi dengan serius kelaziman kehakiman antarabangsa serta matlamat dan asas UNCLOS untuk menyelesaikan persengketaan dengan damai. Selain itu, langkah Tribunal kali ini menjejaskan integriti dan kewibawaan UNCLOS serta mencabul dengan serius hak negara berdaulat dan negara pemeterai konvensyen tersebut. Keputusan dan langkah Tribunal berkenaan tidak sah dan tidak adil.

Keutuhan wilayah, kedaulatan dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan tidak akan terjejas dengan keputusan Tribunal dalam apa jua keadaan. China menentang dan tidak menerima sebarang pendapat dan tindakan yang berasaskan keputusan tersebut.

Kerajaan mengumumkan lagi, pihaknya tidak menerima sebarang cara penyelesaian pihak ketiga serta pelan penyelesaian yang bersifat memaksa tentang isu wilayah dan penggarisan sempadan maritim. China akan terus menaati undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa yang terkandung dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk menghormati kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta menyelesaikan persengketaan dengan damai. Beijing mempertahankan dasar mengadakan rundingan dan muafakat dengan negara-negara yang terlibat berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antaragbangsa untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China