Cari:
Hubungan China-Filipina Diharap Kembali ke Landasan Betul
2016-07-13 17:12:23 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menafikan kesahan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague dan mempersoalkan prosedur penimbangtaraan serta kebolehgunaan peruntukan undang-undang berkenaan.

Liu dalam sidang media hari ini menegaskan bahawa PCA bukan mahkamah antarabangsa, hanyalah yang dipolitikkan oleh segelintir kuasa dan terdiri daripada anggota dari luar Asia yang tidak memahami sedikit pun tentang isu Laut China Selatan, malah Asia. Merekalah mustahil membuat keputusan yang wajar dan menyakinkan.

Mengenai isu zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) di Laut China Selatan yang menjadi perhatian ramai, Liu membalas, jika keselamatan negara diancam, China berhak untuk mewujudkan zon tersebut.

Beliau juga meluahkan harapan agar kerajaan baharu Filipina dapat mempergiatkan usaha menangani isu Laut China Selatan dengan Beijing demi membawa hubungan kedua-dua negara balik ke landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China