Cari:
Dakwaan Jepun mengenai Pelaksanaan Keputusan PCA Dibantah China
2016-07-16 15:55:01 CRI Cetak

Sama ada keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan dipatuhi kerajaan China atau tidak, tergantung kepada ia adalah sah atau haram.

Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam, susulan dakwaan Ketua Turus Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF), Katsutoshi Kawano bahawa keputusan muktamad PCA adalah berwibawa dan China selaku kuasa besar sepatutnya mematuhi ketetapan antarabangsa.

Lu Kang membantah dakwaan Jepun itu dengan mengatakan bahawa keprihatinan besar Tokyo terhadap kes timbang tara berkenaan adalah sungguh ternyata sejurus keputusan muktamad itu diumumkan. Lu mengingatkan pihak berkuasa Jepun supaya membezakan kebenaran daripada kepalsuan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketika menyebut tentang ketetapan antarabangsa, jurucakap itu membalas, tindakan China dan ramai anggota masyarakat antarabangsa menolak yang tidak sah adalah benar-benar untuk memelihara kewibawaan undang-undang antarabangsa. Lu menasihati Tokyo supaya jangan ketagih ketetapan antarabangsa yang dibayangkan sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China