Cari:
Mesyuarat UNCTAD ke-14
2016-07-18 14:12:54 CRI Cetak

Mesyuarat Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) ke-14 dirasmikan di Nairobi, Kenya semalam. Lebih 7,000 perwakilan dari 100 buah negara menyertai mesyuarat selama enam hari ini.

Mesyuarat ini bertemakan "ciptakan kemakmuran umat manusia, hidupkan semula enjin pembangunan berterusan global". Mesyuarat kali ini memberikan tumpuan kepada pelaksanaan agenda pembangunan berterusan 2030 PBB.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama dalam agenda pembangunan berterusan 2030 PBB. Pencapaian matlamat ini memerlukan usaha bersama masyarakat antarabangsa.

Beliau menggesa pelbagai negara mempergiat kerjasama, menggalakkan inovasi dan pembanguan berterusan, serta mencapai kejayaan dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan, sains dan teknologi untuk memberikan sumbangan demi kemakmuran umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China