Cari:
AS Harap Luaskan Kerjasama dengan China
2016-07-21 16:09:58 CRI Cetak

Timbalan Penolong Hal Ehwal Keselamatan Negara Rumah Putih atas urusan ekonomi antarabangsa, Wally O. Adeyemo, semalam berkata, beliau menanti-nantikan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou, China.

Beliau berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan menghadiri sidang kemuncak tersebut dan pihaknya berbesar hati untuk meningkatkan kerjasama dengan China dan bersedia untuk berusaha dengan China dan negara-negara lain bagi mendorong kemajuan ekonomi sejagat, di samping menggalakkan sistem ekonomi global beroperasi dengan lebih baik menerusi pembaharuan dasar percukaian antarabangsa dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih adil.

Beliau turut menyatakan bahawa Washington dan Beijing telah menjalinkan banyak kerjasama melalui Sidang Kemuncak G20 Hangzhou.

China juga telah merangka beberapa projek sempena sidang kemuncak tersebut dan AS berharap agar sidang kemuncak tersebut dapat diadakan dengan jayanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China