Cari:
China Teruskan Strategi Perlindungan Harta Intelek
2016-07-22 15:46:00 CRI Cetak

Mesyuarat peringkat tinggi perlindungan harta intelek "Jalur dan Laluan" (B&R) diadakan di Beijing semalam.

Ahli Dewan Negara China, Wang Yong menghadiri majilis perasmian dan menyampaikan ucapan.

Menurut beliau, kerajaan China melaksanakan strategi harta intelek negara, dan usaha-usaha untuk melindungi harta intelek telah mencapai kemajuan besar.

Dalam tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-13, China bersungguh-sungguh membangunkan konsep pembangunan baharu,

mengintensifkan pembaharuan dalam bidang-bidang utama harta intelek, menguatkuasakan perlindungan harta intelek yang lebih kukuh untuk menggalakkan kreativiti dan mempercepat proses pembangunan harta intelek.

Tambah beliau, kerajaan China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif B&R, di samping menyumbang kepada kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China