Cari:
Insiden Amukan di Munich Terancang
2016-07-25 13:49:04 CRI Cetak

Menurut pihak pendakwa raya Jerman semalam, penjenayah yang terlibat dalam insiden amukan bersenjata di bandar Munich pada 22 Julai lalu sudah merancang serangan tersebut sejak tahun lalu.

Laporan pihak pendakwa raya menunjukkan bahawa semasa melakukan serangan, suspek telah melepaskan tembakan rambang ke arah semua mangsa dan tiada sasaran tertentu.

Penjenayah juga menggunakan Internet untuk mendapatkan senjata api daripada "rangkaian bawah tanah".

Sebelum melakukan serangan, penjenayah pernah membuat kajian tentang topik-topik yang berkaitan dengan tembakan berskala besar, selain dikatakan ketagih dengan permainan dalam talian yang berunsurkan senjata dan keganasan.

Menurut pihak pendakwa raya dan penyiasat, hasil siasatan menunjukkan bahawa insiden amukan bersenjata kali ini dilakukan oleh seorang individu sahaja dan tiada suspek lain terlibat.

Selain tu, penjenayah tersebut turut dikenal pasti sebagai pesakit mental dan telah menerima rawatan pada bulan Julai hingga September 2015 serta bulan Jun tahun ini.

Seorang lelaki yang berumur 18 tahun, warganegara Jerman-Iran, membunuh dirinya sendiri selepas menembak mati sembilan orang mangsa dan mencederakan lebih 30 orang yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China