Cari:
Latihan Keselamatan Disangka Letupan
2016-07-25 15:13:11 CRI Cetak

Menurut media Myanmar, insiden letupan yang berlaku di Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Myanmar pada malam 24 Julai lalu berpunca daripada latihan keselamatan yang dijalankan oleh pihak kedutaan.

Beberapa orang saksi yang melihat insiden itu berkata, kepulan asap dilihat keluar dari premis kedutaan, selain bau asap yang menyesakkan.

Polis dan bomba tempatan dilaporkan telah bergegas ke lokasi kejadian.

Terdapat dakwaan yang turut menyebut, kemungkinan berlaku letupan gas di dalam premis kedutaan tersebut, namun tiada berita mengenai sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan atau tanda-tanda yang menunjukkan kedutaan tersebut telah diserang.

Pihak Kedutaan AS di Myanmar kemudian tampil menjelaskan, tidak berlaku sebarang letupan seperti yang dilaporkan.

Pihak kedutaan sebenarnya sedang melaksanakan latihan keselamatan dengan menggunakan gas pemedih mata bagi memastikan sistem pemadam kebakaran di premis kedutaan berfungsi dengan baik.

Kedutaan AS meminta maaf kepada polis tempatan kerana tidak mengeluarkan notis awal sebelum menjalankan latihan keselamatan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China