Cari:
China Kutuk Serangan Menyayat Hati di Kabul
2016-07-25 16:54:30 CRI Cetak

China berasa amat terkejut dengan serangan pengganas di Kabul, ibu kota Afghanistan yang menyebabkan banyak kematian dan kecederaan, di samping mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Kerajaan China turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita atas serangan tersebut dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang cedera dan anggota keluarga mangsa yang terkorban.

Jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang semalam berkata, pihak China akan terus menyokong usaha kerajaan dan seluruh rakyat Afghanistan untuk memerangi keganasan demi memelihara kestabilan negara dan keselamatan rakyat.

Dua kejadian letupan bom yang berlaku semasa ribuan orang sedang menyertai satu tunjuk pe­rasaan di Kabul pada 23 Julai lalu, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 maut, manakala 230 lagi cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China