Cari:
Brazil Pentingkan Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou
2016-07-30 16:30:51 CRI Cetak

Brazil mementingkan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di bandar Hangzhou, China dan melihat sidang itu sebagai peluang bagi Brazil untuk memperbaiki imejnya di mata dunia.

Demikian dinyatakan Pemangku Presiden Brazil, Michel Temer dalam temu bual bersama wartawan asing di pejabat presiden semalam, susulan kes pemecatan presiden Brazil yang menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Menyentuh aduan sesetengah atlet dan pelancong asing tentang peristiwa keganasan di Rio de Janeiro serta ancaman keganasan yang mungkin berlaku, Meter menyatakan, beliau berkeyakinan penuh bahawa Sukan Olimpik kali ini akan diadakan dengan jayanya dan orang ramai tidak perlu bimbang terhadap isu keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China