Cari:
China, Rusia Adakan Latihan Bersama di Laut China Selatan
2016-07-29 16:53:28 CRI Cetak

Tentera laut China dan Rusia akan mengadakan latihan bersama yang berkod "Joint Sea-2016" di Laut China Selatan pada bulan September.

Demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun semasa taklimat media pada petang semalam.

Beliau menegaskan bahawa latihan rutin yang diadakan berdasarkan konsensus antara China dan Rusia itu tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga.

Latihan tersebut akan mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia, memperdalam kerjasama muhibah yang pragmatik antara tentera kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan keupayaan kedua-dua pihak untuk bersama-sama menangani ancaman keselamatan di laut.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China