Cari:
Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou Menyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Dunia
2016-07-31 15:36:58 CRI Cetak

Dengan latar belakang pemulihan ekonomi dunia masih perlahan dan berdepan dengan pelbagai ketidakpastian, Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou yang dijadualkan pada bulan September akan menyumbang ke arah mewujudkan ekonomi dunia yang inovatif, dinamik, saling hubung dan inklusif.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Kewangan China, Zhu Guangyao dalam persidangan tahunan ahli ekonomi NetEase di Bejing semalam.

Zhu menyatakan, menteri kewangan dan gabenor bank pusat G20 telah menyerahkan prinsip-prinsip panduan mengenai ekonomi digital yang inklusif, pemacuan kedinamikan ekonomi, pembaharuan struktur ekonomi dan pemerkasaan kesalinghubungan infrastruktur kepada sidang kemuncak tersebut untuk dibahaskan. Selepas diluluskan, dasar-dasar tersebut mempunyai makna penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China